Subscribe

RSS-X Feed Version

Powered By

Skin Design:

Powered by Blogger

Saturday, November 28, 2009

Pasal Gadget Untuk Blog Korang

cube korang klik kat hamster tuh

Korang boleh hias sket blog korang dgn application nih. Macam2 gadget ader. Ni salah satu gadget yang ader kat dalam web tu. Try la letak dlm blog korang.

Link : aBowman

Saturday, November 21, 2009

Pasal Penang

20 November 2009
10.03 am

Macam da lame aku x g penang. Last aku pergi sane pun,time skool. Time2 macam ni la aku nak jalan2 satu msia dulu b4 g oversea. Lalaalala. Aku just nk jalan2 makan kat sane. Tp member2 aku ader Penang Bridge Marathon dan ader yang nak g jumpa Mat Tahir..kui3.

Friendship Motel yang cool..

Aku sampai Penang tepat kol 3. Pelik tol aku. Jarak KL - Penang just 320km jek tapi amik mase sampai 5 jam untuk sampai sane. Sampai sane,kiteorang terus g hotel. Ni la 1st time aku dapat hotel yang ader 4 katil. Price pun not bad la, dalam RM98.00 per nite. Ok la.

Salah seorang pakcik yang berdiri di lokasi pendaftaran,Queensbay

Lepas punggah suma beg-beg, pakcik2 ni terus g register kat Queensbay. Tak ramai sangat la. Area depan laut, berhadapan dengan Pulau Jerejak.

Nasi Goreng Ayam yang memang sedap

Roti Naan Ayam Tandoori yang kaw...mesti cuba

Piza Naan..sedap beb..

Lepas setel registration, perot masing2 da lapo. Pakcik ni g la tanye Ah Soo kat hotel tuh, area2 situ, kedai makan pe yang best. Dia sajeskan makan tandori kat Kapitan Tandori. Tak jauh dari hotel kami. Jalan kaki, lalu kat Little India, da sampai. Kedai ni kat corner lot. Harga pun tak mahal. Kalau krang datang sini, aku suggest kan makan Roti Naan + Ayam Tandoori. Pergh.. Malam tuh kami lepak kat Padang Kota Lama. Try la makan Pasembur a.k.a Rojak. Baru duduk jek,terus da ader 6 orang amik oder. Sikit punye ramai,semak jek. Lepas makan pasembur a.k.a rojak tuh,kami bayar la. Nah,amek ko. RM22. Giler cekik darah.

Esoknya, sorang pakcik tuh da g jumpa dengan Mat Tahir, kami g Pasar Karat,belakang stadium. Kire macam downtown la. Banyak gak barang2 kat sini. Ader helmet tentera, barang2 perhiasan, baju2 dll. Rugi btol tak de slr..cis

Ni plak time kteorang jalan2 kat Bt Feringghi. Makan tepi laut. Not bad la. Kat sini tak ramai orang. Aku tengok pun xde orang mandi sangat. Mayb sebab hujan sket kot.

Pada ketinggian 190m dari aras laut.

Lepas makan,aku saje2 la nak round penang ikot jalan dalam. Jalan macam g cameron highland. Giler kecik jalan,pastu bengkok2. Tanah runtuh pun ader,tp sikit la. Dari Bt Feringghi ke Bayan Lepas,kiteorang lalu Balik Pulau. Jauh giler beb.

Nilah pakcik2 yang yang join marathon.

Nasi Kandar Line Clear yang x seberape nk clear. Memang la femes,tp byk tikus gemuk2 kot. erk...

Jeruk oo Jeruk. Ni port pakcik2 tuh g borong jeruk. Baru aku tau kat penang ni femes dengan jeruk. Tp aku mmg xske jeruk. lalala



Monday, November 16, 2009

Pasal Nasi Kukus Ayam Rempah

NASI KUKUS + AYAM REMPAH
Harga : RM4.50
Lokasi : Pantai Dalam
Waktu : 8.45pm

Ni 1st time aku datang gerai Nasi Kukus Ayam Rempah kat Pantai Dalam. Ni pun member2 aku yang bawak g sane. Lokasinye takde la susah sangat. Member aku ckp, area Pantai Dalam Selatan ( orang2 yg da biase g sane tau kot ). Tapi parking kat sini cam sesak sket sbb kene parking tepi jalan. Gerainye xde la besa mane pun,lagipun da name pun geraikan. Aku just oder 1 jek untuk cube rase. Perghhh,meleleh beb. Walaupun nampak simple,tp kaw beb. Lepas abes sebungkus, aku tambah lagi sebungkus. Pada aku la kan, aku makan Nasi Kukus ni, aku xde rase kenyang kot. Bukan sebab aku kuat mkn,tp makanan ni mmg wat aku xde rase kenyang. So,pada korang2 yang suke bab2 makan ni,try la makan Nasi Kukus Ayam Rempah ni.

Friday, November 13, 2009

Pasal Sebelum+Semasa+Selepas

Sebelum Repair

Semasa proses simen+cat

Selepas simen+cat

Kesian bini aku ni. Hari tu kene kat pintu, la ni kene kat hidung lak. Ni suma sebab aku lalai 2 saat kat Jalan Tun Razak time nak g opis. Time tuh die sodok belakang lori. Nasib bek la dia sempat brake. Tp kene hujung2 besi lori tu. Time tuh mula la aku x senang duduk, da macam lipas kene pijak. Sampai kat opis, itu lah hasil nya perlanggaran dia dengan lori. Sian dia, da la pintu dia aku x repair, ni plak depan idung dia. Petang tuh,aku tukar shift keje dengan member aku, semate-mate nak hantar dia g ICU. Pagi-pagi lepas aku da abes shift, da menyelesaikan urusan-urusan lain, terus aku g hospital, hantar dia yang luke-luke ni. Kali ni aku nekad, nak repair suma skali. Dia masuk ICU dalam kol 11, pastu terus aku balik umh ayah aku. Dalam kol 3, aku tengah tido, Dr. Ah Fai call aku. Dia sudah sembuh. Muahaha. Terus aku siap-siap g hospital tuh. Hospital tuh dekat je dengan umah ayah aku. Bila aku tengok dia da sembuh, hati aku pun senang la. Pasni, aku kene jage dia bebaik, jangan lalai-lalai lagi. Sian dia. Nak belikan dia topi baru pasni...topi R3..

Monday, November 9, 2009

Pasal Kembara Warisan 2009

KEMBARA WARISAN 2009
KUALA LUMPUR - NEGERI SEMBILAN - MELAKA
7 - 8 NOVEMBER 2009


Taklimat diberikan pada hari khamis (5 nov 09).

Pada mlm tersebut,aku tido di opis sbb takot bangun lambat. Da set jam pun,xley nak bangun. Nasib bek member aku call aku. klu x,mesti aku x bangun. Pas siap2 semua,aku tunggu dorang kat opis. Dalam kol 6am,dorang sampai opis. Segala peralatan yang hendak dibawa,disumbat di dalam kereta. Mane yang x subuh lagi,g subuh. Setelah aku menampal nombor kereta aku yang bernombor 15, aku terus gerak g Jalan Conlay. Sampai sana,makanan disediakan. Pukul 6.45am pula,penganjur memberi taklimat. Kemudian para peserta dilepaskan. Seramai 52 buah kereta yang terlibat dalam treasure hunt kali ini. Kereta kami bergerak pada pukul 7.20 am.

Lokasi pertama yang kami pergi, Nilai. Terdapat beberapa soalan yang perlu kami jawab disini. Lihatlah reaksi member aku ni ketika sedang mencari jawapan.

Kemudian, selepas menjawab semua soalan di Nilai, kami bergerak ke Kota Lukut. Aku penah dengar pasal Kota Lukut tapi aku xpernah la nk g sane. Thanx kepada Warisan sbb bagi kami knowledge pasal sejarah2 yang ader kat sini.

Disebabkan kami tidak membaca soalan dengan teliti,macam ni la jadinya. Kene print gambar. Nasib baik kami sempat amik gambar kat Kota Lukut. Tapi gambar yang kami amik tuh,salah rupanye. Muahaha~

Satu lagi sejarah yang aku xpenah tau, Rumah Penghulu Natar. Dibina pada tahun 1914,teletak di Merlimau. Untuk info, klik disini!

Dari Merlimau, kami terus gerak ke Kota A`Famosa. Tapi time nih,aku kene wat soalan heritage. Dorang plak kene berljalan satu kota untuk dapatkan jawapan. Memang tahap penat gaban dorang ni berjalan.

Selepas mendapat semua jawapan,kami lepak kat Dataran Pahlawan untuk semak dan isi jawapan.

Finishing Point kami berada di Mahkota Hotel. Kami cuma lambat 3 min sahaja dari 10 jam yang diberikan. Macam ni keadaan kami selepas treasure hunt tuh. LEPAK~

Jom makan~

Ni la makanan aku kat sane sbb pihak hotel tak bagi dinner untuk kiteorang. Hampeh. Tapi asam pedas ni mmg masyuk~

Sambil makan,kami tengok perlawan akhir Piala Malaysia, Negeri Sembilan vs Kelantan. Eden terai~ haha

Sebelah kedai mknan tuh,ader Downtown, berhadapan dengan Dataran Pahlawan. Tak banyak barang yang ade jual kat sini. Maybe dorang g Jonker Walk kot.

Pagi,selepas subuh,kami disediakan breakfast.

Aku x sure la brape round kte orang makan kat sini. Lapo kot.

Tak sampai 2 jam, pihak penganjur panggil suruh g Upacara Penutupan. Rata-rata kurang berpuas hati dengan pihak penganjur kerana menganjurkan acara ini dengan kelam kabotnya. Diharap pihak penganjur dapat memperbaiki masalah ini pada masa akan datang. Di atas adalah sebahagian dari Team Bernama.

Tadi da makan,ni makan lagi. Mula-mula aku tak nak makan sebab nak kosongkan perot. Tapi member-member aku cakap ader kambeng. Ape lagi. Bedal je la. Sedap~sedap

Inilah team aku, Bernama System.
L - Driver
Baju Hitam - Navigator
2 orang baju belang - Tukang cari jawapan.

Bergambar dihadapan hotel

Bernama System + Bujang Sepi

Tepak kol 1,kami gerak balik KL sebab member aku ader event kat KLCC kol 3pm. Nasib baik jalan tak jem. Bye-bye Melaka.

Sampai KL,aku balik umah terus tido. B4 maghrib aku bangun,then g opis. Check ape-ape yang patot. Pastu aku terus g tgk BPL match between my Mighty Manchester United vs Chelsea till 2am.

Thursday, November 5, 2009

Pasal Farmville


FarmVille, wat aku dan kawan-kawan aku jadi addicted main mende alah ni. Aku terjebak men mendealah ni since aku kene pakse dengan budak nih. Aku x minat pun nak main kebun-kebun ni sebab aku tgh syok layan Mafia War. Since aku da ter'click' skali,dan dengan tetibe lak level aku naik mencanak,trus jadi addicted.

Aku ingat kan aku sorang je. Bile aku tengok kat sekitar office aku,ramai lagi yang haruk men mende alah ni. Fakta yang aku perolehi

"terdapat 51.6 juta pemain FarmVille di seluruh dunia, 21 juta dari mereka adalah pemain harian"

Korang lihat la,betapa ramainya pemain-pemain FarmVille yang terdapat diseluruh dunia. Dan aku x sure kemane perginya hasil yang FarmVille ni perolehi,samada ke pihak yahudi,atau lain-lain. Yang pasti,sampai suatu tahap nanti,mereka akan merasa busan dengan FarmVille dan akan muncul pula permainan yang lain. Kita tunggu je la~

Wednesday, November 4, 2009

Pasal Look Out Point - Hulu Langat



Full Map
Lokasi : Hulu Langat
Restoran : Look Out View -western
Time : 9:07 pm

Ngee,banyak pulok problem petang tadi. Nak tak nak,aku kene la stay jap kat opis. Lepas setel,aku tengok kat luar,still hujan lagi. Then member aku cakap tunggu lepas hujan berhenti. So lepas hujan berhenti,aku terus g sane. Tempat ni da lame da aku nak g,cuma xde mase jek. So da ader mase ni dengan perot aku da lapo,aku gerak je la g sane. Yang member aku ni da pernah g sane,so dia akan jadi guide aku la. Aku gerak dari Bulatan Pandan,lalu ke Pandan Indah. Katenye ikut jalan dalam sebab dekat dengan rumah dia. Nak ikut jalan dare Jalan Ampang pun boleh sebenarnya. Aku tak sure sangat la namenye,sebab member aku dulu ckp Bukit Belacan, yang ni pulak Hulu Langat. Dari bawah bukit sampai ke atas,jaraknya dalam 3km. Huhu,naseb bek aku tak bedal anjing yang lepak tepi jalan,hampeh tul. Sampai sane,parking kene bayar okeh~ Kalau kat bawah,kene RM2, tapi kalau kat atas kene RM3. Yang aku ni plak tak tahu yang kat atas nun pun bole parking. Tak pasal-pasal aku kene menapak naik atas. Kat saner ader disediakan tangga untuk naik ke atas. Mengah jugak la.

Ni lah view KL lepas korang sampai kat atas. Cantik gak la,tp baru aku perasan yang KLCC tuh mcm jauh rupenye. haha.

Kat atas ni ader la beberape kedai yang korang bole cuba. Member aku cakap dengan aku,ader dalam 3 kedai,western,makan nasi dengan kedai cina. Aku nampak ader cafe gak kat atas tuh. So aku pilih je la kedai mane yang dekat,WESTERN. Aku x sure sangat la orang kat kedai ni asal dari mane sebab aku tengok dari gaya cakap dengan muka,bukan orang sini. Huhu. Nak oder ni pun kene ader tekan-tekan. Aku rase da 4 5 kali aku tekan,tapi dorang tak de gak amik order. Last-last kene panggil dorang macam kat kedai mamak. Lalala~

Blackpepper Chicken Chop - RM13.80. Not bad la. Still bole rase blackpepper. Kene plak ader potato marshpotato. Pergh.. Tapi aku rase macam ader kekurangan la,macam tak cukup penyeri. haha~

Sizzling Mushroom Lamb Chop - RM15.30. Beso jegak la lamb chop ni. Aku tengok budak ni mkn,tinggal tulang dengan lemak je. Macam sedap. Hehe. Next time bole cube try~

Yang kompom nye,tempat ni memang ramai orang,tourist pun ader. Aku x tau plak kat sini boleh buat celebration. Sepanjang malam tu je,ader 3 orang yang celebrate birthday. Bile dorang celebrate, lampu satu kedai ditutup. Pastu nyanyi ramai-ramai lagu birthday. Itu baru celebrate birthday beb,yang propose kat sini pun ader. Aku pikir,kalau dorang nak wat kenduri potong jambul pun bole agaknye. Haha~

Ni hah, Cik Riena yang suke makan lamb chop. Dia la yang guide aku g sini. Tq babe~

*pantang tgk camera,teros posing ekh~ kui3

Thursday, October 29, 2009

Pasal Daisypath



Actually,application ni khas untuk mereka yang berkapel-kapel, berkawen ke,da ader anak ke, macam2 pn bole. Application ni lebey kurang untuk mengira tempoh dari awal korang kenal ke, anak korang lahir ke hingga sekarang. Aku suggestkan application ni untuk golongan hawa,tp kalu kaum adam nak pakai pun ok gak.

Daisypath Anniversary tickers
ni contoh application tuh bila da siap. korang just add je dalam blog korang atau dalam facebook korang. Senang je nk buat. Cuba la~

link : http://daisypath.com/



^_^

Tuesday, October 27, 2009

Pasal Treasure Hunt

Monday, October 26, 2009

Pasal Dia Dapat 1st Baby

Muhammad Maulid Rizqin

Da pandai wat muke comel la plak..kui3

Inilah tuan puan empunya Muhammad Maulid Rizqin

~Tahniah~